Sabtu, 25 November 2017

Kesan keburukan teknologi terhadap remaja

    Pada era globalisasi yang semakin yang semakin memuncak ini,ramai syarikat pegeluar yang semkin berlumba untuk menghasilkan teknologi yang semakin canggih.Mereka berlumba menghasilkan teknologi yang semakin maju dan memudahkan rutin harian manusia.Contohnya telefon bimbit .Boleh dikatakan hampir semua orang memiliki telefon bimbit dari budak sekolah rendah hingga dewasa.Harga yang murah dan berpatutan membolehkan mereka memiliki telefon bimbit dengan mudah.Banyak kebaikan teknologi ini kepada kita dan keburukannya juga banyak.Ramai yang menyalahgunakan kemudahan ini ke arah negatif.

    Antara keburukan teknologi ini ialah membolehkan pengguna mencari benda tidak elok.Contohnya pornografi dan bahan lucah.Dengan kemudahan internet yang sedia ada mereka boleh mencarinya pada bila-bila masa.Ini noleh merosakkan fikiran dan boleh menggelapkan hati kita.Jika kita melihatnya sekali habislah rosak fikiran kita.Apatah lagi budak sekolah rendah yang melihatnya ,akhlaknya akan rosak apabila dia besar.Perkara seperti ini akan melemahkan iman golongan remaja yang akan memerintah negara ini nanti.

    Seterusnya,dengan adanya telefon pintar ini remaja sekarang semakin leka bermain denganya sehingakan tidak menghiraukan perkara yang berlaku di sekelilingnya.Remaja juga leka sehinggakan tidak melakukan ulangkaji dan kerja sekolah.Ini akan menyebabkan keputusan pelajaran mereka merudum dengan teruk.Teknologi juga menyebabkan mereka berubah menjadi seorang yang kurang sosial dan tidak bergaulan dengan orang ramai.

    Selain itu,teknologi juga membolehkan mereka untuk "hack"laman sesawang apa jua jenis.Ada juga video yang menunjukkan cara untuk "hack"laman sesawang.Remaja sekarang sudah pandai dalam bab "hack"ini sehinggakan mereka "hack" blog orang lain.Ada juga kes yang "hack"laman sesawang kerajaan sehinggakan mendatangkan kesan buruk terhadap dirinya sendiri.Jika perbuatannya dapat dikesan ,dia akan ditangkap dan dimasukkan ke dalam penjara.Ianya akan memburukkan masa depannya dan susah mendapat pekerjaan nanti.

    Akhir kata,kita sebagai remaja perlu menggunakan teknologi yang disediakan dengan baik dan boleh memberi kebaikan terhadap dirinya sendiri dan orang di sekelilingnya.Kebaikan teknologi ini dapat membantu remaja mencari maklumat berkaitan pelajaran atau perkara yang boleh mendatangkan manfaat daripadanya dan menggunakan sebaik mungkin.Orang lain juga boleh mendapat manfaat daripadanya juga.